slji

blink2

Friday, March 18, 2011

kongsi perasaan kamooo




Perasaan kita boleh berubah-ubah. kamoo mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan  


Kenapa seseorang memendamkan perasaan
  • Malu
  • Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  • Terlalu peribadi untuk dibincang
  • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  • Bimbang akan reaksi orang lain
  • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  • Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan kita

  • Ketahui perasaan kita
  • Luahkan perasaan kita
  • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan kita
  • Kongsi perasaan lita dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain
Kebaikan yang Diperolehi Apabila kita Berkongsi Perasaan
  • Merasa lega
  • Mengurangkan tekanan
  • kita mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan kita
  • kita akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  • Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri kita
Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik

3 comments: