slji

blink2

Friday, March 4, 2011

cinta iti buta..^_^

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu  juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.     "Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor  yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari  situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta  tersebut.     Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya  kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya  pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............    

  Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu  memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari  kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas  dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais  dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan  menu lainnya.    

Amin memberikannya  kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,  "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti  habis diguna untuk makan ayam  bakar dengan sayur ulam dan sambal  belacan." Amin mengiyakan dan si  lelaki buta memesan makanan tersebut.   

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.  Dia datang lebih awal ketika belum  ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang  boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat  nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan  sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,  kamu usapkan sudu ini di  ketiak kamu"   
"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.   
"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah  memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan  menyerahkan kembali kepada Amin.    

Amin membawa sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu.
Lelaki buta  itupun menghidu sudu itu, dengan  mengernyitkan keningnya, lelaki buta  tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di  sini....... boleh saya jumpa dia"     Amin: ????????????????.(bengang)

Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................  

3 comments:

  1. nice story...n 1 more...owng bute emng de deria bau kuat..bagos2..:))

    ReplyDelete
  2. nice post..follow my blog

    http://sayangcoco.blogspot.com/

    n maybe u will win prize in my lucky draw content soon

    ReplyDelete